Fon Telinga Nothing ear (1) Akan Dilancarkan Pada 27 Julai

TechnologyDigital
30 Jun 2021 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas pelancaran produk pertama ditangguhkan, kini Nothing mengesahkan acara ini telah dijadualkan semula ke 27 Julai hadapan di London. Produk pertama yang dikeluarkan mereka ialah Nothing ear (1) yang merupakan sepasang fon telinga nirwayar.

image is not available

Nothing cuba menawarkan produk yang asas tetapi masih lagi memuaskan. Tidak ada maklumat mengenai rekaan peranti kecuali konsep yang diperlihatkan beberapa bulan yang lalu. Nothing ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei yang merupakan salah seorang pengasas OnePlus. Selepas meninggalkan OnePlus secara mengejut beliau menubuhkan Nothing untuk melancarkan produk yang mempunyai visi boleh digunakan tanpa disedari.