Nilai Bitcoin Terus Menurun – China Meminta Bank Halang Transaksi Kriptowang

TechnologyDigital
21 Jun 2021 • 9:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nilai Bitcoin kini dilihat terus menurun, dimana kini bernilai bawah RM140k. Salah satu puncanya adalah kerana China meminta pelbagai institusi kewangan untuk menghentikan sebarang transaksi melibatkan kriptowang.

Hal ini secara tidak langsung memberikan sentimen negatif terhadap pasaran kriptowang dan membawa kepada pelbagai kriptowang berkurangan nilainya.

image is not available

Arahan terhadap bank China ini selari dengan pengumuman pihak berkuasa China sebelum ini. Malah, beberapa kawasan di China turut telah mengharamkan aktiviti melombong kriptowang.

Bank pusat di China mengatakan ia membawa kepada risiko transaksi tidak sah antara negara, selain pengubahan wang haram.

Sealri dengannya, pelbagai institusi kewangan di China telah mengatakan akan mengambil langkah berkaitan dalam mengekangnya.

Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM137k, sementara Ethereum adalah sekitar RM8.3k.