Tentera A.S Ingin Sistem Roket Yang Menghantar Kargo 82 Tan Kemana-Mana Lokasi Dalam Masa Sejam

TechnologyDigital
2 Jun 2021 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat ialah negara dengan perbelanjaan tahunan terbesar untuk tentera mereka di dunia. Teknologi yang paling terkini diuji untuk digunakan oleh tentera bagi memberikan kelebihan ke atas musuh. Antara perancangan yang telah diumumkan sebelum ini ialah menggunakan sistem roket bagi menghantar kargo ke mana-mana lokasi di dunia dalam masa sejam.

image is not available

Dalam perancangan belanjawan terkini Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), permintaan $42 juta untuk meneruskan lagi projek roket membawa kargo ini. Ini adalah peningkatan lima kali ganda berbanding yang diminta pada tahun sebelumnya sekaligus menunjukkan USAF serius untuk menjadikan sistem pengangkutan ini realiti.

image is not available

Setiap roket menyasarkan kapasiti kargo 82 tan yang sama seperti yang mampu dibawa oleh pesawat Boeing C-17 Globemaster III yang digunakan sekarang. USAF tidak akan membina sistem baharu tetapi sebaliknya menggunakan sistem Starship buatan SpaceX. Starship direka untuk menghantar angkasawan ke bulan, Marikh dan pengangkutan ultra-pantas. Dengan perubahan ruang kargo, Starship dipercayai boleh digunakan untuk tujuan pengangkutan.

Sumber The Warzone