Jangkitan harian Covid-19 naik sedikit, catat 7,703 kes

2 Jun 2021 • 2:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 naik sedikit kepada 7,703 kes berbanding 7,105 kes yang dicatatkan semalam.

Angka tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook.

Selain Selangor dengan 2,728 kes, kebanyakan negeri masih merekodkan kes tiga angka seperti Kuala Lumpur 701 kes, Sarawak (588), Negeri Sembilan (586) dan Johor (554).

Jumlah kes harian di negeri-negeri lain seperti berikut:

Kelantan – 541
Pulau Pinang – 407
Kedah – 283
Pahang – 237
Terengganu – 224
Perak – 224
Melaka – 209
WP Labuan – 159
Perlis – 7
WP Putrajaya – 1

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Jangkitan harian Covid-19 naik sedikit, catat 7,703 kes appeared first on Selangorkini.