Jangkitan Covid-19 di Selangor turun bawah 3,000 kes, tetapi kekal tertinggi

4 Jun 2021 • 2:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 7,748 kes berbanding 8,209 kes semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook memaklumkan kes di Selangor turut menurun kepada 2,612 kes berbanding 3,125 hari sebelumnya.

Pertambahan jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini 603,122 kes.

Kes Covid-19 negeri lain:

– Kuala Lumpur (851)
– Negeri Sembilan (709)
– Sarawak (594)
– Johor (446)
– Pulau Pinang (376)
– Perak (371)
– Kelantan (286)
– Kedah (263)
– Melaka (234)
– Sabah (287)
– Pahang (146)
– Terengganu (203)
– Labuan (230)
– Putrajaya (20)
– Perlis (8)

The post Jangkitan Covid-19 di Selangor turun bawah 3,000 kes, tetapi kekal tertinggi appeared first on Selangorkini.