PM UMUM Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Kepada 11 juta Isi rumah Mulai Ogos

28 Jun 2021 • 5:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan ekoran dari penularan Covid-19.

Berlandaskan 3 matlamat utama iaitu Teruskan Agenda Prihatin Rakyat, Sokong Perniagaan dan Tingkatkan Vaksinasi antara insitiatif yang diperkenalkan di bawah PEMULIH ialah Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

image is not available

Bagi bantuan BKC,  mulai Ogos, seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang dijangka menikmati Bantuan tunai langsung yang akan diagihkan secara berperingkat.

Isi rumah miskin tegar terima bantuan RM 1,300 secara berperingkat

Bagi Isi rumah kategori miskin tegar, mereka difahamkan akan menerima bantuan berjumlah RM 1300 secara berperingkat iaitu RM500 pada Ogos, diikuti RM500 lagi pada November dan RM300 pada Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima RM100 pada Ogos dan RM300 pada November.

image is not available

B40 akan terima RM 800 secara berperingkat

Bagi isi rumah kategori B40 pula, mereka akan menerima bantuan berjumlah RM800 secara berperingkat iaitu RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember manakala bujang B40 akan menerima RM200 pada Ogos.

Bagi isi rumah kategori M40 mereka akan menikmati bantuan RM250 manakala bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.