EXCO: Kes dan kematian akibat denggi di Selangor menurun

18 Jun 2021 • 5:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 JUN: Jumlah kes dan kematian akibat demam denggi di Selangor sehingga 5 Jun tahun ini mencatatkan penurunan, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak 75.1 peratus penurunan kes direkodkan dengan jumlah kumulatif 11,629 berbanding 46,713 kes tahun lalu.

“Kes kematian demam denggi turut menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 92.7 peratus dengan merekod enam kes berbanding 82 bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk memerangi Aedes termasuk pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, selaras dengan tema “10 Minit Hapuskan Aedes” dan sempena Hari Denggi Asean peringkat kebangsaan 2021, Dr Siti Mariah menyeru seluruh rakyat bersama memerangi Aedes.

The post EXCO: Kes dan kematian akibat denggi di Selangor menurun appeared first on Selangorkini.