Kemaskini Untuk Peranti Honor Yang Dilancarkan Sebelum 1 April Adalah Tanggungjawab Huawei

TechnologyDigital
29 Jun 2021 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor sudah pun keluar daripada Huawei dan menjadi syarikat tersendiri. Ia adalah satu perkara baik, kerana membenarkan Honor melancarkan peranti dengan sokongan GMS seperti pada siri Honor 50. Persoalannya adalah, apakah nasib peranti-peranti Honor yang dilancarkan sebelum mereka keluar daripada Huawei? Bagaimanakah kemaskini perisian akan diedarkan? Adakah akan menerima sokongan GMS? Adakah akan kekal dengan Magic UI atau akan menerima Harmony OS?

image is not available

Terkini melalui ITHome, Honor menyatakan semua peranti Honor yang dilancarkan sebelum 1 April – kemaskini perisian adalah tanggungjawab Huawei. Namun tidak pasti jika ia terhad di China sahaja atau untuk pasaran global juga. Peranti Honor masih lagi menjalankan sistem operasi Magic UI yang berasaskan Android, dan dibina berasaskan EMUI. Jika Huawei bertanggungjawab untuk mengemaskini semua peranti Honor sebelum 1 April, adakah ia akan kekal dengan Magic UI atau akan ada iterasi Harmony OS?

image is not available

Peranti Honor seperti Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 SE yang dilancarkan selepas April, dikatakan adalah tanggungjawab Honor sendiri dan mereka akan kekal lagi dengan Magic UI. Disebabkan salah satu model ini akan memasuki pasaran tempatan, ia akan menerima GMS. Perancangan kemaskini untuk peranti-peranti lama boleh dikatakan masih menjadi tanda tanya, kerana tidak pasti bagaimanakah mereka akan menepati janji kemaskini untuk pengguna Honor sedia ada. Sama-sama kita nantikan.