SHAH ALAM, 3 JUN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menafikan Klinik Kesihatan Tanjung Karang membuka pendaftaran suntikan vaksin kepada orang awam seperti tersebar di aplikasi WhatsApp.
Menerusi Facebook hari ini, agensi tersebut menegaskan mesej ditularkan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Mereka telah mendaftar dengan MySejahtera dan bersetuju untuk menerima suntikan vaksin pada tarikh akan ditetapkan,” katanya.
PKD Kuala Selangor juga menegaskan individu yang hadir ke klinik bagi tujuan berkenaan tidak akan dilayan.
Berdasarkan mesej tular dikongsi PKD Kuala Selangor, Klinik Kesihatan Tanjung Karang didakwa membuka senarai untuk suntikan vaksin dan hanya diadakan sebanyak dua kali serta terhad kepada 200 orang sehari.
The post Tidak benar Klinik Kesihatan Tanjung Karang buka daftar vaksin appeared first on Selangorkini.

