Tiada Lagi Pilihan Syarikat Kurier Penghantaran Di Shopee Bermula Esok – Akan Ditetapkan Secara Automatik

TechnologyDigital
16 Jun 2021 • 12:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopee, salah satu laman edagang popular di Malaysia, kini akan melakukan perubahan pada bahagian logistik dalam laman berkenaan. Bermula esok, 17 Jun 2021, orang ramai tidak lagi boleh memilih syarikat kurier untuk pembelian mereka – sebaliknya ia akan ditetapkan secara automatik.

image is not available

Bermula esok, syarikat penghantaran akan ditetapkan secara automatik pada latar oleh sistem berdasarkan harga yang paling baik dan tempoh masa paling efisien.

Sebaliknya, pengguna akan diberikan pilihan “Standard Delivery”, “Economy Delivery” dan juga “Lain-lain”. Pengguna boleh melihat kos dan tempoh masa penghantaran – tetapi tidak akan mengetahui syarikat kurier yang akan menguruskannya.

image is not available

Perubahan ini telah diimplementasi secara berperingkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dan ia akan diimplementasi sepenuhnya kepada semua bermula 17 Jun 2021.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan perubahan ini? Adakah anda peduli akan syarikat kurier yang akan membuat penghantaran, atau anda lebih menyukai tetapan secara automatik ini?

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved