Lenovo Smart Clock 2 Dilancarkan Dengan Dermaga Pengecasan Niwyar

TechnologyDigital
28 Jun 2021 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam meja pinta Lenovo Smart Clock 2 telah dilancarkan awal pagi tadi dengan ciri tambahan yang menjadikan aksesori bilik yang amat menarik. Kali ini jam meja pintar ini hadir dengan aksesori tambahan dalam bentuk dermaga yang menyokong pengecasan niwayar Qi dan port USB-A untuk mengecas sebuah lagi peranti tambahan.

image is not available

Dengan dermaga pengecasan tadi, pengguna boleh menambah pengecas untuk jam tangan pintar lain misalnya yang tidak menyokong format pengecasan Qi. Dari segi rekaan ia masih lagi mengekalkan bahagian tubuh dari bahan kanvas dengan dua butang kawalan fizikal. Skrin masih lagi 4” LCD IPS dengan sokongan sentuhan, dijana cipa MediaTek MT8167S, memori 1GB RAM dan storan 8GB.

image is not available

Pembesar suara stereo yang digunakan pula mempunyai kuasa 3W dan pad pengecas pula mempunyai output maksimum 10W sahaja. Sokongan WiFi pula hanya sehingga 2.4GHz manakala bluetooth pula adalah 4.2. Lenovo Smart Clock 2 akan ditawarkan pada harga €89.99 (~RM445) bermula Ogos dalam warna Abyss Blue, Heather Grey, dan Shadow Black.