OnePlus Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200

TechnologyDigital
9 Jun 2021 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang boleh dilihat pada hari ini, terdapat pelbagai pengeluar yang sedia hadir dengan peranti bersama janaan cip MediaTek Dimensity 1200. Misalnya seperti Realme, Redmi, Oppo dan lain-lain. Sebelum terlupa, Poco juga mempunyai perancangan yang sama menerusi model Poco F3 GT yang masih belum diketahui mengenai tarikh pelancarannya sehingga ke hari ini.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, jenama yang terkenal dengan penggunaan tagline “Never Settle” iaitu OnePlus turut tidak mahu ketinggalan untuk berbuat perkara yang sama. Di mana, peranti OnePlus dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200 kini dilaporkan dalam fasa pembangunan.

Memetik perkongsian blogger terkenal @DigitalChatStation, peranti berkenaan akan dilengkapi skrin berlubang yang menyokong lensa swafoto tunggal. Pada masa sama, ianya turut akan menampilkan skrin sejenis rata bersama-sama dengannya. Bukan itu sahaja, ia juga dikhabarkan akan mempunyai sokongan kamera utama sebesar 50-Megapixel yang akan menggunakan sensor daripada Sony iaitu IMX766.

image is not available

Untuk harga jualan, ia dijangka akan dipasarkan pada julat sekitar CNY2,000 (~RM1,287). Namun apa yang menjadi tanda-tanya adalah masih tidak diketahui sama ada peranti berkenaan akan menjadi model yang terhad untuk pasaran China sahaja ataupun sebaliknya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : GSMARENA