Oppo Support Dilancarkan Bagi Mendapatkan Maklumat Perkhidmatan dan Alat Ganti Yang Tepat

TechnologyDigital
10 Jun 2021 • 9:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Benda yang paling tidak diingini pemilik peranti ialah ia mengalami kerosakan. Selepas ini berlaku pengguna mula mencari tempat terbaik untuk mendapatkan alat gantian komponen yang rosak atau mendapatkan soalan lazim mengenai kos dengan lebih pantas. Di Malaysia Oppo Support telah dilancarkan untuk memudahkan pengguna.

image is not available

Antara yang ditawarkan ialah maklumat mengenai cara menggunakan peranti ataupun menyelesaikan masalah lazim yang dialami pada peranti Oppo yang dimiliki. Bantuan boleh dicapai menggunakan perbualan atas talian, telefon atau emel. Di Malaysia pertanyaan boleh dilakukan menerusi nombor telefon 1-800-88-6776 atau 1-800-88-7666 untuk peranti siri FInd X dan lebih Premium. Bagi yang menggunakan Facebook,bantuan turut diberikan menerusi akaun rasmi @OppoCareMy.

Oppo juga memberikan jaminan komponen yang digunakan pada peranti yang dihantar ke pusat perkhidmatan pelanggan rasmi adalah asli. Senarai harga setiap komponen yang ingin digantikan juga boleh dilihat menerusi laman web https://support.oppo.com/my/spare-parts-price/ . Proses baik pulih akan dilakukan di hadapan pemilik serta wujud jaminan data peribadi akan dihormati dan tidak dibaca oleh petugas pusat perkhidmatan. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh pergi terus ke laman Oppo Support di bawah.

Sumber Oppo Support