Xiaomi Dilihat Mempatenkan Peranti Pintar Dengan Paparan Skrin Boleh Gulung – Mungkinkah Mi Mix Roll?

TechnologyDigital
30 Jun 2021 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti pintar yang boleh dilipat dan boleh digulung nampaknya bakal menjadi norma baharu dalam arena peranti pada tahun ini. Teknologi yang sebelum ini dipelopori oleh nama-nama seperti Samsung, Huawei, Royole dan sebagainya nampaknya semakin menghampiri arus utama, khususnya apabila sebuah lagi nama besar dalam teknologi pengguna, Xiaomi akan memasuki arena tersebut juga.

image is not available

Jika sebelum ini kita mengetahui bahawa Xiaomi akan melancarkan peranti boleh lipat Xiaomi Mi Mix Fold tidak lama lagi, sebuah laporan baru memperlihatkan sejumlah rekaan peranti baru yang dipatenkan yang mempunyai paparan skrin boleh gulung pula.

image is not available

Ura-ura mengatakan bahawa peranti ini dinamakan Xiaomi Mi Mix Roll, dan seperti apa yang tertera pada namanya, ia hadir dengan paparan yang boleh digulung untuk menjadikannya sebuah peranti yang lebih besar atau lebih kecil bergantung kepada corak penggunaan.

image is not available

Berbeza dengan peranti boleh gulung yang diperlihatkan oleh jenama-jenama seperti OPPO dan LG, peranti Xiaomi ini hadir dengan rekaan unik yang mana gulungannya hadir melalui kedua-dua belah sisi peranti, dimana bahagian kameranya terletak di bahagian tengah belakang peranti tersebut. Gulungan ini dibantu oleh dua buah motor yang terletak di bahagian sisi dalam peranti ini.

image is not available

Lebih menarik lagi, dengan paparan boleh-gulung ini, ia juga akan hadir dengan paparan skrin di bahagian belakang peranti, yang mungkin boleh dilihat sebagai sebuah peranti yang mempunyai beberapa kegunaan unik selain daripada gimik menggulung paparan sahaja.

Setakat ini ia masih tidak diketahui bilakah, atau jika Xiaomi bercadang untuk melancarkan peranti ini di masa terdekat, atau akan datang.

Sumer: Gizchina