Lebih 3,000 sertai Saringan Komuniti DUN Dengkil, 26 mungkin positif

3 Jun 2021 • 5:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 JUN: Seramai 26 individu berkemungkinan positif Covid-19 hasil Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya, semalam.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 3,251 peserta yang menjalani ujian percuma bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan dan memperluaskan usaha ini bagi mengesan pembawa senyap di dalam masyarakat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Berdasarkan perkongsian data di Facebook miliknya, seramai 3,225 individu atau 99.2 peratus lagi adalah negatif.

Setakat semalam, lebih 81,000 individu menyertai Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu.

Daripada jumlah itu didapati hampir 3,000 peserta disahkan positif menerusi saringan menggunakan kit pantas antigen (RTK-Ag).

image is not available

The post Lebih 3,000 sertai Saringan Komuniti DUN Dengkil, 26 mungkin positif appeared first on Selangorkini.