Samsung Galaxy A22 5G Mungkin Hadir Dengan Skrin 90Hz, Kamera Utama 48MP

TechnologyDigital
3 Jun 2021 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini dilaporkan dalam persediaan untuk pengenalan dua lagi peranti kelas permulaan baharu – iaitu Samsung Galaxy A22 dan Samsung Galaxy A22 5G. Memetik laporan SamMobile, Samsung Galaxy A22 5G dijangka menjadi peranti 5G paling mampu milik keluaran mereka apabila dipasarkan kelak.

image is not available

Menurut spekulasi awal, Samsung Galaxy A22 5G dipercayai menggunakan paparan sejenis IPS LCD berukuran 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula tinggi mencecah 90Hz. Selain itu, ia juga mungkin menggunakan cip MediaTek Dimensity 700 yang dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Di samping itu, ia juga dijangka mempunyai kmaera hadapan 8-Megapixel. Kemudiannya, diikuti dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 48MP + 5MP (Ultra-Lebar) + 2MP (kedalaman). Samsung Galaxy A22 5G juga kelak mempunyai kebolehan rakaman video tertinggi sehingga 4K.

Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, sokongan audio dengan talaan Dolby Atmos, NFC, Bluetooth 5.0 dan lain-lain. Samsung Galaxy A22 dan Samsung Galaxy A22 5G dijangka diumumkan penghujung bulan ini. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan kemaskini selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber : SamMobile