MB: Saringan percuma di Dewan Beringin Taman Sri Gombak Ahad ini

18 Jun 2021 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 JUN: Penduduk DUN Sungai Tua, Gombak  Setia, Taman Templer digalak menjalani saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri pada Ahad .

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi poster memaklumkan ujian berkenaan diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi SELangkah, tekan butang Sihat dan pilih Pendaftaran Saringan atau layari https://screening.selangkah.my/login.

“Daftar di aplikasi SELangkah, Waze lokasi saringan: https://waze.com/ul/hw2866jz0k,” kata Amirudin di Facebook.

Saringan Komuniti fasa tiga bermula esok dengan memfokus pada kawasan yang merekodkan kes Covid-19 tinggi berdasarkan keputusan saringan fasa dua.

Program sama diteruskan di DUN Kajang  pada 26 Jun, Hulu Klang serta Bukit Antarabangsa (27 Jun).

Individu disyaki positif pada fasa ini akan dibekalkan kit penilaian di rumah sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

image is not available

The post MB: Saringan percuma di Dewan Beringin Taman Sri Gombak Ahad ini appeared first on Selangorkini.