OnePlus Nord CE 5G Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula RM1399

TechnologyDigital
14 Jun 2021 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Nord CE 5G kini dilancarkan di Malaysia seminggu selepas diumumkan di India. Peranti kelas pertengahan ni dilengkapi cip Snapdragon 750G yang turut membawakan sokongan 5G.

image is not available

Dari segi spesifikasi ia turut dilengkapi skrin adalah 6.43-inci Fluid AMOLED  dengan kadar segar semula 90H, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Bateri adalah bersaiz 4500mAh dengan sokongan pengecasan 30W menerusi port USB-C. Masih terdapat bicu audio 3.5mm tetapi pembesar suara adalah mono dengan kekisi di bahagian bawah.

Tri-kamera utama menggunakan sensor 64MP ƒ/1.79 utama + 8MP ƒ/2.25 sudut ultra lebar dengan sudut pandangan 119 darjah bersama EIS + 2MP ƒ/2.4 Monokrom. Ia menyokong zum digital sehingga 10x dan rakaman 4K 30FPS. Kamera swafoto pula adalah 16MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera pada skrin.

image is not available

Di Malaysia OnePlus Nord CE 5G dijual pada harga RM1399 untuk versi 8/128GB dan RM1799 untuk versi 12/256GB. Pra-tempahan dibuka pada 21 Jun kelak dengan versi 12/256GB ditawarkan pada harga istimewa RM1599.