MySejahtera Kini Menyokong Ciri Mengubah Tarikh Vaksinasi Dan Bantuan Suntikan Untuk Warga Emas

TechnologyDigital
5 Jun 2021 • 7:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Satu lagi hari berlalu dan sekali lagi lebih 100 kematian dicatatkan di Malaysia hari ini akibat Covid-19. Untuk mempercepatkan Malaysia mencapai imunisasi kelompok lebih banyak perlu diberikan suntikan secepat mungkin.

image is not available

Hari ini aplikasi MySejahtera dikemaskini sekali lagi bagi memberikan ciri mengubah tarikh suntikan vaksin, membatalkan suntikan Astra Zeneca dan mendapatkan suntikan untuk warga emas berusia 60 tahun yang masih belum menerima tarikh janji temu. Ciri ini boleh diakses dengan menekan butang Helpdesk dalam MySejahtera. Pengguna hanya perlu menekan beberapa pilihan yang diberikan pada skrin.

Sebelum ini proses melakukan perkara yang sama hanya boleh dilakukan dengan menghantar emel atau panggilan telefon. Selain itu menerusi Helpdesk pengguna turut boleh melakukan suntingan maklumat peribadi, mendapatkan bantuan apabila aplikasi bermasalah dan banyak lagi. Ini ialah kemas kini kedua minggu selepas ciri mengenalpasti ibu mengandung dan sedang menyusukan bayi dilancarkan rabu lalu.