MB: Syarifuddin julang nama negara, tiup semangat anak muda

15 Jun 2021 • 7:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 JUN: Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah kepada pelumba negara, Syarifuddin Azman yang menjuarai perlumbaan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol Ahad lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata kejayaan dicipta anak muda berusia 20 tahun kelahiran Selangor itu mengharumkan nama negara di arena perlumbaan kategori tersebut di peringkat antarabangsa.

“Kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku di bumi Barcelona baru-baru ini adalah inspirasi kepada anak-anak muda di seluruh negara. Syabas dan tahniah!” katanya menerusi Facebook hari ini.

Syarifuddin atau dikenali Damok yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 menamatkan saingan selaku juara dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat, mengatasi dua pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz, masing-masing di tempat kedua serta ketiga.

Pelumba muda itu kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan mengumpul 30 mata selepas tiga pusingan.

The post MB: Syarifuddin julang nama negara, tiup semangat anak muda appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved