Dua Model Baharu Di Bawah Siri Realme GT Bakal Dilancarkan Secara Global Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
4 Jun 2021 • 7:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme sedia hadir dengan penawaran beberapa peranti pintar di bawah siri Realme GT – ia termasuklah Realme GT, Realme GT Neo dan Realme GT Neo Flash Edition. Buat masa ini, kesemua model yang tersenarai hanya terhad untuk pasaran China sahaja.

image is not available

Namun begitu, Realme kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan dua lagi model baharu di bawah siri berkenaan tidak lama lagi. Lebih menariknya di sini, kedua-dua model berkenaan bakal ditawarkan untuk pasaran global terlebih dahulu dan masing-masing mempunyai titik fokus utama tersendiri.

Melaluinya, antara titik fokus yang diketengahkan oleh Realme pada kedua-dua peranti pintar berkenaan adalah keupayaan  prestasi tinggi dan kamera yang lebih baik.  Di mana, Realme GT yang memfokuskan pada keupayaan prestasi yang tinggi akan membuat kemunculan rasmi sekitar bulan Jun ini. Sementara itu, Realme GT yang memfokuskan kepada keupayaan kamera pula bakal diperkenalkan pada menjelang bulan Julai kelak.

image is not available

CEO realme iaitu Madhav Sheth dalam satu kenyataan berkata siri Realme GT bakal menjadi sebahagian daripada peranti kelas mercu yang memberi tumpuan kepada prestasi dan keupayaan pengimejan lebih baik. Bukan itu sahaja, Realme juga akan sentiasa berusaha untuk terus kekal berada di hadapan dalam industri peranti pintar.

Jelas kelihatan, pendekatan yang diambil oleh Realme kali ini sedikit berbeza dengan penawaran beberapa peranti sedia ada mereka yang sebelum ini.  Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan perkembangan berkaitan peranti Realme GT generasi baharu ini.

Sumber : Realme India