SHAH ALAM, 24 JUN: Sebanyak 13 daripada 56 mukim di Selangor tidak merekodkan jangkitan Covid-19 hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Menerusi data dikongsikan di Facebook, daerah tertinggi adalah Hulu Selangor dengan tujuh mukim iaitu Kalumpang, Buluh Telur, Kerling, Pertak, Sungai Gumut, Sungai Tinggi dan Kuala Kalumpang.
Lima yang lain adalah Jeram, Pasangan, Api-api, Hulu Tinggi dan Hujung Permatang di Kuala Selangor.
Manakala satu lagi mukim melibatkan Hulu Langat iaitu kawasan Hulu Semenyih.
Agensi berkata kes harian tertinggi direkodkan di daerah Petaling dengan 688 kes, diikuti Klang (453), Hulu Langat (359), Gombak (204) dan Sepang (121).
Empat daerah lain mencatatkan kurang daripada 100 kes, masing-masing Hulu Selangor (88), Kuala Langat (77), Kuala Selangor (52) dan Sabak Bernam (20).
Hari ini jangkitan Covid-19 di Selangor meningkat 71 kes berbanding semalam apabila 2,072 kes dilaporkan termasuk dua jangkitan import selain lapan dikesan dari pusat tahanan.
The post 13 mukim di Selangor bebas Covid-19, Hulu Selangor tertinggi appeared first on Selangorkini.

