Ingkar SOP, sembilan individu dikompaun berjoging di taman awam

6 Jun 2021 • 10:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 6 JUN: Seramai sembilan individu dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan berjoging di taman awam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata kompauan dikeluarkan itu mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjadi kesalahan bagi individu masuk beriadah di kawasan awam dalam tempoh PKP menyeluruh.

Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata sembilan kompaun itu masing-masing lima di Taman Tasik Seksyen 7 dan empat di Taman Seksyen 14 di sini.

“Masyarakat umum terutama di Shah Alam adalah dimaklumkan aktiviti joging secara individu hanya dibenarkan di taman kejiranan yang mana 10 kilometer (km) radius dari alamat rumah masing masing.

Katanya, operasi pematuhan PKP 3.0 antara pihaknya dan MBSA bermula jam 7.30 hingga 10 pagi tadi.

“Sekali lagi saya menyeru kerjasama masyarakat untuk bersama petugas barisan depan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

The post Ingkar SOP, sembilan individu dikompaun berjoging di taman awam appeared first on Selangorkini.