Snapchat Menyahaktifkan Penuras Kelajuan Kenderaan Kerana Menyebabkan Mereka Boleh Disaman

TechnologyDigital
18 Jun 2021 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapchat telah berhenti memberikan penuras yang menunjukkan kelajuan kenderaan selepas mahkamah memutuskan mereka boleh disaman selepas ia digunakan dalam sebuah kemalangan maut. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, penuras Miles Per Hour didakwa memulakan trend pengguna memuat naik video cabaran menunjukkan berapa laju mereka boleh memandu.

image is not available

Snapchat telah disaman beberapa kali keran penuras ini tetapi enggan melakukannya. Sebaliknya Snapchat sekadar meletakkan amaran supaya ia tidak digunakan ketika memandu sahaja. Tindakan membuang penuras mungkin dilakukan selepas Snapchat didapati boleh disaman oleh keluarga mangsa kemalangan maut yang berlaku di Wisconsin.

Terdapat beberapa kes saman telah difailkan sejak 2016 dan membuang penuras sekarang akan mengelakkan Snapchat dari disaman di masa hadapan. Walaupun jelas memandu dengan peranti adalah kesilapan individu, Snapchat masih boleh dipersalahkan kerana bertanggungjawab menggalakkan tabiat pemanduan yang berbahaya.

Sumber NPR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved