Apple Umum macOS Monterey Dengan Ciri Universal Control

TechnologyDigital
8 Jun 2021 • 2:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan sistem operasi versi baharu untuk iPhone dan iPad, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan sistem operasi akan datang untuk Mac, iaitu macOS Monterey.

image is not available

Sistem operasi ini akan menawarkan pelbagai ciri-ciri yang hadir bersama iPhone dan iPad, disamping turut menawarkan ciri baharu yang dinamakan Universal Control.

Melalui Universal Control, sehingga tiga peranti boleh dihubungkan, dan satu tetikus digunakan untuk tujuan kawalan. Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan satu tetikus sama untuk mengerakkan dokumen dari iPad ke MacBook, atau dari iPad ke iMac, dan sebagainya.

image is not available

Langkah ini akan melakukan proses produktiviti lebih pantas berbanding kebiasaan yang memerlukan anda beralih-alih peranti.

Disamping itu, Apple juga mengumumkan Mac akan menerima sokongan Shortcuts – seperti pada iPhone, bagi memudahkan anda melakukan sesuatu tugasan berulang dengan lebih pantas.

image is not available

macOS Monterey ini dijangka akan ditawarkan secara percuma kepada pelbagai pengguna sistem operasi Mac sedia ada dalam masa beberapa bulan lagi.

image is not available