Peranti Infinix Dengan Pengecasan 160W Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
22 Jun 2021 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdalulu, kami di Amanz ada melaporkan bahawa terdapatnya sumber yang mendakwa Infinix sedang membangunkan peranti yang berupaya menyokong pengecasan pantas 160W. Tidak lama kemudian, muncul pula beberapa imej pengolokan yang dilihat memaparkan rekaan fizikal untuk peranti berkenaan.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, kewujudannya telah diacah sendiri oleh pihak Infinix menerusi ciapan terkini di Twitter. Melaluinya, mereka memuat-naik satu video pendek berdurasi 5 saat dengan kapsyen ‘That’s right. 160W charging!’ (Benar, pengecasan 160W!). Melaluinya, kita boleh menyifat perkembangan tersebut sekaligus memberi petanda peranti berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

image is not available

Jika diteliti dengan baik, ia turut memperlihatkan peranti berkenaan akan mempunyai skrin yang melengkung pada kedua-dua belah sisi. Tetapi masih tidak jelas, sama ada rekaan ini adalah sama seperti imej pengolokan yang tertiris sebelum ini atau sebaliknya. Bukan itu sahaja, spesifikasi utama pada peranti juga masih kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

image is not available

Namun begitu, sokongan pengecasan 160W yang disertakan bakal menjadikan ia antara peranti yang mempunyai pengecasan jauh lebih pantas berbanding kebanyakan peranti Android lain di pasaran. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Infinix India