Microsoft PowerToys Dikemaskini Dengan Ciri Baharu Untuk Memastikan PC Sentiasa Hidup

TechnologyDigital
30 Jun 2021 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi pengguna yang pernah menggunakan Windows XP dan sebelumnya, mungkin sedia mengenali penawaran perisian-perisian bersaiz kecil berbentuk produktiviti yang memudahkan sejumlah tugasan pada sistem operasi Windows, dinamakan PowerToys. Dua tahun lepas, perisian ini telah dikembalikan untuk kegunaan pada Windows 10.

Kemudian tahu lepas, ia dikemaskini lagi dengan kemampuan kustomasi secara lebih mendalam. Terkini, perisian ini telah dikemaskini sekali lagi dengan alatan baharu untuk memastikan komputer Windows 10 tidak akan tidur, terkunci skrin, dan kekal hidup.

image is not available

Sebaik sahaja perisian ini dipasang, pengguna boleh aktifkan Enable Awake dan memilih beberapa mod seperti Keep screen on untuk skrin komputer kekal hidup atau Off (Passive) mengikut pelan kuasa sedia ada, Keep awake indefinitely untuk kawalan manual dan juga Keep awake temporarily untuk skrin komputer hanya hidup mengikut masa yang ditetapkan.

Ciri FancyZones turut dikemaskini dengan kemampuan mengubah susun atur tetingkap Windows seakan yang diperlihatkan dalam Windows 11, kusotmasi menyeluruh pada papan kekunci, dan banyak lagi. Bagi yang berminat untuk mencuba, anda boleh ke lama Github rasmi mereka untuk muat turun.

View Original Article