Perlmutter Ialah Adikomputer Kecerdasan Buatan Terpantas Dunia Dengan 6159 GPU NVIDIA A100

WorldTechnologyDigitalSpace
1 Jun 2021 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adikomputer kecerdasan buatan terpantas dunia memulakan operasinya minggu lalu. Komputer yang diberi nama Perlmutter  ini terletak di Pusat Pengkomputeran Sains Penyelidikan Tenaga Nasional (NERSC) Amerika Syarikat ini menggunakan 6159 GPU NVIDIA A100.

image is not available

Ia akan digunakan untuk menghasilkan peta tiga dimensi alam semesta dan mencari sumber tenaga lestari dari zarah sub-atomik. Data dari Dark Energy Spectroscopic Instrument (DESI) akan diproses setiap hari oleh Perlmutter bagi mencari sumber tenaga gelap di alam semesta. Sebelum wujudnya Perlmutter, data yang dihasilkan oleh DESI mengambil masa berminggu-minggu sebelum boleh digunakan oleh ahli saintis.

Data yang sama diproses oleh Perlmutter dalam masa beberapa hari sahaja atau bersamaan dengan 20 kali ganda lebih pantas. Nama Perlmutter digunakan sempena nama Saul Perlmutter yang kajian beliau menjurus kepada penemuan sumber tenaga gelap.

Sumber NVIDIA

View Original Article