Honor Earbuds 2 Lite Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Serendah RM269

TechnologyDigital
8 Jul 2021 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Setelah diperkenalkan di China tempoh hari, Honor Earbuds 2 Lite kini mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia pula. Perkara ini dikongsi oleh pihak Honor sendiri menerusi perkongsian di Facebook rasmi, sebentar tadi. Sesi pra-tempahannya juga telah mula dibuka bermula hari ini sehingga 15 Julai depan.

image is not available

Lebih menariknya lagi, ia juga ditawarkan pada harga serendah RM269 (harga asal : RM299) khusus buat mereka yang membuat tempahan di Senheng sepanjang tempoh ditetapkan. Bukan itu sahaja, Honor juga menawarkan pulangan tunai yang menarik, hadiah bernilai sehingga RM85 dan penghantaran percuma bersama-sama dengannya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

image is not available

Honor Earbuds 2 SE menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk segi empat. Seterusnya, ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, di samping dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Fon telinga ini turut boleh dipadankan dengan peranti Honor 50 untuk rakaman video bersama audio lebih baik.

image is not available

Honor Earbuds 2 SE turut disertakan sejumlah spesifikasi menarik lain – seperti sokongan Transparency Mode, tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.2 dan sokongan kawalan sesentuh. Bateri yang disertakan mampu beroperasi sehingga 32 jam. Melaluinya, ia juga dikatakan menjanjikan masa main balik dengan ketahanan maksima sehingga 10 jam.

Honor Earbuds 2 Lite

Honor Earbuds 2 Lite

Honor Earbuds 2 Lite