Kedai Atas Talian Rasmi Oppo Bakal Berwajah Baharu – Penuhi Keperluan Pengguna Dengan Lebih Baik

TechnologyDigital
12 Jul 2021 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha membawakan servis yang lebih baik buat para pengguna, kedai atas talian Oppo bakal berwajah baharu tidak lama lagi. Ini berikutan proses naik-taraf sedang dilaksanakan dan mereka menjanjikan pengguna lebih banyak sebab untuk terus kekal dengan perkhidmatan dan kandungan yang ditawarkan.

image is not available

Jelas kelihatan, ia menampilkan wajah baru yang lebih segar dan mesra pengguna. Ia kelihatan lebih mesra pengguna dengan beberapa seksyen baharu seperti halaman utama, kategori produk, carta pembelian, khidmat pelanggan dan akaun pengguna. Dalam pada itu, ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma, tempoh pulangan semula selama 7 hari, pengambilan pembelian peranti secara di luar talian, jaminan waranti yang sah sepenuhnya dan sistem pembayaran yang selamat.

image is not available

Dalam pada itu, Oppo dilihat turut cuba mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada pengguna bagi tujuan beberapa penambahbaikan sebelum diperkenalkan secara rasmi kelak. Bagi meraikan pelancarannya juga, Oppo mengadakan beberapa kempen dan promosi menarik untuk sejumlah telefon pintar dan produk IoTnya. Ini termasuklah Oppo Enco W11 yang boleh ditawarkan pada RM1 unuk mana-mana pembelian telefon pintar terpilih. Seterusnya, Oppo Reno5 5G yang boleh dibeli pada RM1,399 dan lebih banyak tawaran menarik lain yang pada masa akan datang.

image is not available

Menurut Oppo Malaysia, ia akan bakal diperkenalkan secara rasmi pada 15 Julai ini. Sama-sama kita nantikan, penawaran lebih lanjut mengenainya. Anda boleh klik pada pautan disediakan di bawah bagi melihat sendiri kedai atas talian Oppo yang  berwajah baharu.

Kedai Atas Talian Rasmi Oppo