NVIDIA Mempertontonkan Demo Grafik Gabungan GeForce RTX 3060 Dan Cip MediaTek

TechnologyDigital
19 Jul 2021 • 10:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA pada April lepas sedia mengumumkan akan bekerjasama dengan MediaTek dalam membawa sokongan GPU NVIDIA RTX ke peranti berasaskan ARM.

Sokongan ini lebih ditujukan untuk digunakan pada komputer riba – seperti pada Chromebook contohnya. Selari dengannya, hari ini NVIDIA turut mempertontonkan sokongan grafik permainan menggunakannya.

NVIDIA mengatakan demo ini mengabungkan penggunaan GPU GeForce RTX 3060 bersama-sama cip MediaTek Kompanio 1200 berasaskan ARM.

Untuk makluman, cip MediaTek Kompanio 1200 ini dijangka menyasarkan Chromebook dengan kuasa pemprosesan tinggi.

Melalui demo yang dipertontonkan, ia membolehkan sokongan ray-tracing masa-nyata dan DLSS dinikmati pengguna peranti ARM.

Untuk makluman, NVIDIA sedia dalam proses membeli ARM – dan semestinya sekiranya pembelian tersebut melepasi pelbagai pengesahan pihak berkuasa, kita akan melihat integrasi sokongan grafik berkuasa oleh NVIDIA kepada pengguna peranti mudah-alih.

View Original Article