Julung Kali Dalam Sejarah, UAE Perkenalkan Angkasawati Pertama Dari Dunia Arab

9 Jul 2021 • 5:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Buat pertama kalinya, dunia Arab berjaya melahirkan seorang angkasawati. Pengumuman ini telah diuar-uarkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 7 Julai lalu.

Nora Al Matrooshi diperkenalkan sebagai sebahagian dari program angkasa lepas UAE bersama dengan seorang lagi angkasawan Mohammad Al Mulla.

image is not available
Foto: Kompas

Difahamkan kedua-duanya telah memulakan latihan dalaman mereka yang akan berlangsung sehingga Disember ini selepas menyertai ‘Kelas Calon Angkasawan NASA 2021’.

Menurut Al Matrooshi, perkara yang telah mendorongnya untuk menyertai program angkasawan ini adalah disebabkan oleh minat yang mendalam sejak kecil.

image is not available
Foto: Kompas

“Motivasi saya di sebalik pendaftaran ke program angkasa lepas Emiriah Arab Bersatu adalah impian saya sewaktu kecil dan keinginan saya untuk menjadi seorang angkasawati”.

Ujarnya lagi, keluarga dan negaranya telah memberi sokongan padu buat aspirasinya untuk menggapai impian itu.

Sebagai info tambahan, wanita berusia 28 tahun ini merupakan lulusan kejuruteraan mekanikal yang kini sedang bekerja di Syarikat Pembinaan Petroleum Nasional Abu Dhabi.

image is not available
Foto: Twitter MBR Space Centre

Al Matrooshi adalah seorang dari 4,300 pendaftar yang kemudian disaring berdasarkan ilmu pengetahuan, pendidikan dan pengalaman praktikal mereka.

Manakala kelas calon NASA yang akan diikuti olehnya akan berlangsung di Amerika Syarikat.

Kredit Foto: Reuters

Source:

Kompas

The Hindu