OnePlus Didapati Memanipulasi Ujian Penanda Aras – OnePlus 9 Dibuang Daripada Senarai GeekBench

TechnologyDigital
7 Jul 2021 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus merupakan salah satu pengeluar peranti yang popular, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Diperkenalkan dengan slogan “Flagship Killer” atau “Pembunuh Peranti Mercu”, apa pun, akhir-akhir ini beberapa perkara yang dilakukan OnePlus agak mendukacitakan pengguna.

Terbaru, OnePlus didapati melakukan manipulasi untuk skor ujian penanda aras bagi siri OnePlus 9 dan juga OnePlus 9 Pro.

image is not available

Perkara ini ditemui oleh pihak AnandTech terlebih dahulu, dimana ia didapati prestasi peranti agak rendah ketika penggunaan dunia nyata, berbanding skor yang didapati melalui GeekBench.

Sejurus selepas laporan AnandTech diterbitkan, akaun media sosial Geekbench mengumumkan penarikan markah dari kedua-dua peranti.

Geekbench juga akan melakukan ujian ke atas peranti lain yang dikeluarkan OnePlus dan akan menarik markah yang dicatatkan sekiranya turut didapati mengelat bagi mendapatkan markah yang lebih tinggi.