Google Akan Menamatkan Sokongan Daftar Masuk Pada Peranti Android Gingerbread Pada September 2021

TechnologyDigital
31 Jul 2021 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android Gingerbread merupakan salah satu versi Android yang lama, iaitu versi Android 2.3, dan telah diperkenalkan pada 2009 yang lepas. Walaupun sokongan untuknya telah ditamatkan, terdapat segelintir pengguna yang sangat kecil yang masih menggunakannya.

image is not available

Terbaru, Google mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan daftar masuk akaun Google ke peranti menggunakan Android 2.3.7 dan ke bawah bermula 27 September 2021 kelak.

Dengan langkah ini, pengguna yang menggunakan peranti berkenaan tidak boleh mengakses perkhidmatan seperti GMail, YouTube dan Google Maps pada peranti-peranti berkenaan.

Google meminta pengguna menaik-taraf ke peranti menggunakan Android 3.0 dan terkini untuk kekal mengakses perkhidmatan dan aplikasi Google.