MB lawat PKPD Pangsapuri Sri Ayu, lihat proses beri vaksin

10 Jul 2021 • 2:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BANGI, 10 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa satu jam meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi Pegawai Daerah, Najmuddin Jemain turut melihat operasi suntikan vaksin kepada penduduk.

Pangsapuri Sri Ayu dikenakan PKPD 14 hari bermula 30 Jun hingga 13 Julai susulan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi terbabit dengan 205 kes positif dikesan dalam tempoh sebulan.

Langkah itu bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti wabak kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti luar.

The post MB lawat PKPD Pangsapuri Sri Ayu, lihat proses beri vaksin appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved