Speedtest Kini Boleh Menguji Kelajuan Menstrim Video Pada Peranti Android

TechnologyDigital
13 Jul 2021 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah menjadi kebiasaan Speedtest digunakan untuk melihat kelajuan Internet di rumah. Ia adalah antara laman terbaik untuk memastikan kelajuan yang dinikmati sama dengan kelajuan Internet yang dibayar. Tetapi bagi kebanyakan pengguna, ia tidak memberikan keputusan yang jelas sama ada kelajuan Internet tersebut boleh digunakan untuk menstrim kandungan video.

image is not available

Hari Speedtest mengumumkan aplikasi Android mereka telah dikemaskini dengan ciri baharu menguji kelajuan mestrim video. Selepas ujian dilakukan, aplikasi akan memberitahu apakah resolusi video tertinggi yang boleh distrim menggunakan rangkaian Internet pengguna.

Dengan ini pengguna boleh memilih resolusi yang paling serasi tanpa perlu risau pengalaman menonton video terhalang dengan kerap kerana perlu menjalani proses buffering. Ciri ini boleh dinikmati hari ini selepas aplikasi Speedtest dikemaskini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved