Razer Barracuda X Ialah Fon Kepala Nirwayar Yang Boleh Digunakan Pada PC, Konsol dan Peranti Android

TechnologyDigital
14 Jul 2021 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak fon kepala nirwayar di pasaran tetapi ramai mungkin tidak tahu tidak semua sesuai digunakan pada platform permainan yang berbeza. Sebagai contoh Nintendo Switch memerlukan penyesuai untuk menyokong tambatan bluetooth. Dengan adanya vakum aksesori audio untuk multi-peranti, Razer Barracuda X telah dilancarkan pagi ini.

image is not available

Razer Barracuda X unik kerana ia boleh digunakan pada komputer peribadi, konsol dan peranti Android. Ini dapat dilakukan kerana sambungan kepada peranti berbeza adalah menerusi dongal USB-C. Maka ia tiada masalah untuk digunakan pada Switch, PS5 dan Xbox Series X. Jika sambungan berwayar masih diperlukan, fon kepala ini turut dilengkapi bicu audio 3.5mm. Dengan bateri yang disertakan, Barracuda X boleh beroperasi berterusan sehingga 20 jam.

image is not available

Kerana ia masih lagi sebuah fon kepala untuk gaming, Barracuda X turut dilengkapi dengan mikrofon yang boleh disorok jika diperlukan. Mikrofon ini melepasi piawaian untuk digunakan degan Discord.Akhir sekali kawalan suara dan membisukan mikrofon terbina diletakkan pada bahagian telinga. Di Malaysia Razer Barracuda X dijual pada harga RM459 sebuah.