Xiaomi tambah 2GB RAM ke dalam Redmi Note 10 Pro 5G menerusi kemaskini perisian

Digital
2 Jul 2021 • 4:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

RAM Maya atau Virtual RAM yang menggunakan ruangan storan dalaman, telah mula diperkenal di beberapa telefon pintar seperti Oppo dan Vivo. Ia membolehkan telefon pintar dengan RAM kecil, menerima lebih ruang untuk menjalankan banyak aplikasi.

Xiaomi dilaporkan akan turut menggunakan fungsi RAM maya dan telefon pintar pertama ditambah fungsi ini adalah Redmi Note 10 Pro 5G. Kemaskini perisian untuk fungsi RAM maya ini telah dilepaskan di China.

image is not available

Apabila ia diaktifkan, sebanyak 2GB ruangan storan dalaman akan diasingkan untuk kegunaan RAM maya. Bergantung kepada jenis telefon pintar pengguna, jika RAM asalnya ialah 6GB, maka jumlah RAM menjadi 8GB. Untuk RAM 8GB, jumlahnya meningkat kepada 10GB.

Bagaimanapun, Redmi Note 10 Pro 5G hanya ada dijual di China. Ia adalah telefon pintar yang menggunakan cip Mediatek Dimensity 1100. Memandangkan ia adalah kemaskini kecil, ia dijangka akan dilepaskan untuk model Xiaomi yang lain, termasuk model antarabangsa.

[Sumber: GSMarena, Gizpie]

The post Xiaomi tambah 2GB RAM ke dalam Redmi Note 10 Pro 5G menerusi kemaskini perisian appeared first on SoyaCincau.com.