Speedtest : Digi Mencatatkan Skor Kelajuan Terpantas Pada Suku Kedua 2021

TechnologyDigital
16 Jul 2021 • 1:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpeedTest, salah satu perkhidmatan yang sering digunakan ramai dalam melakukan semakan kelajuan internet, kini telah mengeluarkan laporan suku kedua 2021 secara rasminya.

image is not available

Melalui laporan yang dikeluarkan, Digi kini dilihat menjadi syarikat telekomunikasi dengan skor kelajuan yang paling tinggi di Malaysia.

Melalui purata yang dicatatkan pada suku kedua 2021 yang berakhir Jun 2021 lepas, Digi dilihat mempunyai skor kelajuan sebanyak 30.20, paling tinggi berbanding yang lain.

Maxis dilihat mempunyai skor sebanyak 29.92, diikuti oleh U Mobile dengan skor 27.40.

Celcom pula mencatatkan skor sebanyak 24.91, dan paling akhir sekali adalah Unifi dengan skor kelajuan 13.75.

Speedtest mengambil kira skor kelajuan dengan mengabungkan kiraan 90% daripada kelajuan muat-turun dan 10% kelajuan muat-naik.