Twitter Voice Kini Hadir Dengan Ciri Kapsyen Tertutup – Masih Tiada Sokongan Untuk Android

TechnologyDigital
16 Jul 2021 • 8:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum Twitter mengikut trend bual audio Clubhouse, mereka sudah ada kongsi audio atau lebih tepat ciap audio melalui Twitter Voice. Ia adalah ciri yang terhad kepada pengguna iOS sahaja. Tetapi ia terlampau asas dan tidak digunakan dengan lebih meluas.

Terkini Twitter telah memperkenalkan kemaskini kepada ciri ciapa audio mereka ini, akhirnya ciapan audio akan mempunyai sokongan kapsyen tertutup atau closed caption (cc). Untuk menggunakannya, anda hanya perlu tekan ikon cc di bucu kanan atas. Walau bagaimanapun, kapsyen ini hanya disokong pada ciapan audio baharu sahaja. Ia juga menyokong bahasa Inggeris, Jepun, Sepanyol, Portugis, Turki, Arab, Hindi, Perancis, Indonesia, Korea dan Itali sahaja buat masa ini.