Aplikasi Nurflix 2.0 Akan Diperkenalkan Untuk iOS Dan Android Pada 1 Muharram

TechnologyDigital
11 Jul 2021 • 4:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nurflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang memfokuskan kepada kandungan Islamik, dan telah ditawarkan sejak daripada tahun lepas.

Terbaru, pembangunnya mengumumkan mereka akan memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, melalui aplikasi baharu dikenali “Nurflix Goldfish 2.0”.

image is not available

Aplikasi ini akan menggantikan aplikasi sedia ada, dan dikatakan akan menawarkan capaian yang lebih stabil dan pantas.

Perkongsian ini dilakukan oleh Nurflix bersama-sama pengumuman kerjasama dengan penerbit kandungan luar negara, seperti dari UK, Mesir, Turki, Indonesia dan Qatar.

Dengan kerjasama baharu ini, Nurflix dijangka akan mempunyai lebih 1,000 kandungan di platform mereka menjelang penghujung tahun 2021 ini.