Samsung Galaxy Z Flip3 dan Z Fold3 Mempunyai Kemampuan Kalis Air

TechnologyDigital
27 Jul 2021 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kekurangan paling besar peranti boleh lipat Samsung yang ada kami tekankan dalam ulasan ialah ia tidak mempunyai sebarang kemampuan kalis air. Mekanisme lipatan mempunyai rongga yang besar menyebabkan air dan debu boleh memasuki ruangan dalaman sekaligus merosakkan peranti.

image is not available

Tetapi kini menurut maklumat yang ditiriskan oleh @evleaks dan @maxwinebach, kedua-dua peranti skrin boleh lipat ini akan akhirnya mempunyai kemampuan kalis air tahun ini. Samsung Galaxy Flip3 dan Gaalxy Fold3 melepasi piawaian IPX8 yang bermakna ia tahan ditenggelamkan di dalam air secara berterusan sehingga kedalaman 1 meter. Kedua-dua peniris maklumat mempunyai rekod yang baik mengenai ciri yang akan diperkenalkan sebelum pelancaran rasmi.

Peranti walau bagaimanapun tidak melepasi sebarang piawaian untuk kalis debu kali ini. Kedua-dua Galaxy Flip3 dan Fold3 akan dilancarkan dalam acara Samsung Unpacked yang bakal berlangsung pada 11 Ogos. Selain kemampuan kalis air, satu lagi ciri baharu yang akan disokong ialah stylus S-Pen Pro pada Galaxy Fold3 sebagai ganti kepada siri Note yang tidak dilancarkan tahun ini.