TikTok Kini Memudahkan Anda Mencari Kerja Melalui TikTok Resumes – Bermula Dari Amerika Syarikat

TechnologyDigital
8 Jul 2021 • 3:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok sedia popular dikalangan ramai anak muda, dalam berkongsi tips, pendapat, hobi, mahupun reaksi. Terbaru, dalam mempelbagaikan lagi penggunaannya, TikTok hari ini mengumumkan TikTok Resumes.

Melalui TikTok Resumes, pengguna TikTok boleh membuat carian kerja kosong, seterusnya menghantar “resume” dalam bentuk video kepada pihak berkaitan.

image is not available

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Namun, menariknya sejumlah besar syarikat telah menyenaraikan kerja kosong pada platform berkenaan, dan mula menerima TikTok Resumes ini – sekaligus memperlihatkan permintaan untuknya akan meningkat dari hari ke hari, apatah lagi bila ia diperluaskan ke negara lain.

Menariknya, kerja yang disenaraikan bukan sekadar berkaitan media sosial sahaja, tetapi turut melibatkan kerja seperti berkaitan arena rantaian-blok, saintis data, dan sebagainya.

image is not available

Adakah dengan langkah ini, kita akan mula melihat kepada kaedah serba baharu dalam membuat permohonan kerja – sekaligus menggantikan kaedah sedia ada hari ini?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved