Kad Grafik ASUS ROG Bertemakan Mobile Suit Gundam Digunakan Untuk Melombong Kriptowang Di Vietnam

TechnologyDigital
14 Jul 2021 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penggunaan kad grafik gaming untuk tujuan melombong kriptowang bukanlah sesuatu yang baru. Untuk sekian lamanya, kad-kad grafik ini digunakan untuk mengaut keuntungan mudah kerana kecekapannya dalam melengkapkan pengiraan yang diperlukan untuk melombong kriptowang-kriptowang ini.

Baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa salah satu model kad grafik yang dimahukan orang ramai, iaitu ASUS ROG STRIX RTX 3080 Mobile Suit Gundam Edition digunakan untuk melombong kriptowang di Vietnam.

image is not available

Dari gambar-gambar yang dilihat, stok untuk kad grafik tersebut bukanlah suatu isu, tetapi selain daripada kemampuannya untuk melombong kriptowang secara lebih cekap, tanda harga sebuah kad grafik ini juga nampaknya menyebabkan hanya golongan bangsawan dan pelombong kriptowang sahaja yang mampu memilikinya.

image is not available

Ini adalah kerana kad grafik tersebut merupakan salah satu model terakhir yang tidak hadir dengan kemaskini Low Hash Rate (LHR) yang mengurangkan kemampuan sesebuah kad grafik NVIDIA GeForce untuk melombong kriptowang.

Dengan ini, para pelombong kriptowang yang benar-benar serius akan cuba untuk mencari bekalan kad grafik yang belum dilengkapi dengan kemaskini LHR tersebut, dan tidak kisah jenis kad grafik mahupun tanda harga untuk menggunakannya untuk tujuan melombong kriptowang.

Sumber: VideoCardz