Astro sebelum ini telah menawarkan akses ke sejumlah saluran secara percuma sejak 1 Julai 2021 lepas, disebabkan oleh gangguan pancaran saluran disebabkan masalah teknikal satelit. Hari ini, Astro mengumumkan akan melanjutkan penawaran berkenaan sehingga 31 Julai 2021.
Melalui penawaran ini, para pelanggan Astro boleh menonton sejumlah saluran secara percuma. Antaranya adalah HITS Movie, FAM Movies, Thangathirai, CNN, BBC World News, CNBC, Bloomberg Television, CNA, Discovery, Animal Planet, K+, tvN, dan banyak lagi.
All Astro customers can enjoy a variety of exciting entertainment including Korean, News & Learning channels with your family till 31 July. 
#stayhomewatchastro #StayHome pic.twitter.com/lkmzFa92G4
Bagi anda yang melanggan Astro, boleh menikmati akses percuma ini melalui aplikasi Astro Go dan juga di kaca televisyen anda sehingga 31 Julai 2021 ini.

