Realme GT Master Edition dan pengecas magnetik Magdart akan datang ke Malaysia

Digital
29 Jul 2021 • 12:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Realme Malaysia hari ini berkongsi berita baik untuk peminat di Malaysia. Dua produk baru mereka, telefon pintar Realme GT Master Edition dan pengecas magnetik Realme MagDart, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Bagi telefon pintar Realme GT Master Edition, kita telah mengetahui semua mengenainya kerana ia telah dilancarkan di China minggu lepas. Tetapi untuk Realme MagDart, majlis pelancarannya akan diadakan pada bulan hadapan.

image is not available

Majlis pelancaran Realme Magdart akan diadakan pada hari Selasa, 3 Ogos 2021 pukul 8 malam waktu Malaysia. Peminat boleh turut menonton acara ini menerusi Facebook Realme Malaysia.

Pengecas Realme MagDart

Menurut Realme, Magdart adalah pengecasan wayarles magnetik pantas yang pertama di telefon pintar Android. Orang ramai juga boleh menantikan lebih banyak produk ekosistem Realme menggunakan pengecasan magnetik ini di masa akan datang.

Walaupun belum diperkenal secara rasmi, sudah ada berita terbocor di internet mengenai Realme Magdart. Ia akan beroperasi sama seperti pengecasan Apple MagSafe di iPhone.

image is not available

Tetapi apa yang lebih mengujakan adalah sokongan telefon pintar. Laporan yang sama menyebut, Realme akan turut melancarkan telefon pintar Realme Flash, yang akan menyokong pengecasan Realme MagDart.

Realme Flash dikatakan akan menggunakan kuasa cip flagship Snapdragon 888, bersama RAM 12GB dan storan 256B. Ia juga akan menjadi telefon pintar Android pertama dengan keupayaan pengecasan wayarles magnetik.

Spesifikasi Realme GT Master Edition

Realme GT Master Edition ini mendapat sentuhan Naoto Fukasawa, pereka industri terkenal dari Jepun. Kali ini ia menampilkan rupa beg bagasi dilapisi kulit vegan dengan beberapa pilihan warna.

image is not available

Siri GT akan menjadi barisan telefon pintar flagship untuk Realme selepas ini. Bagaimanapun, Realme GT Master Edition yang akan datang ke Malaysia adalah versi yang paling rendah kuasanya.

Berbanding Realme GT sebenar yang dikuasakan Snapdragon 888 dan Realme GT Explorer Master Edition dengan kuasa Snapdragon 870, Realme GT Master Edition hanya menggunakan cip kelas pertengahan, Snapdragon 778 5G.

image is not available

Di China, ia ditawarkan bersama RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula 4,300mAh dengan kuasa mengecas sehingga 65W. Skrin juga kecil sedikit dan rata, seluas 6.43-inci Super AMOLED 120Hz HD Penuh.

Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan, ia menggunakan kamera 32MP di dalam lubang di atas skrin. Telefon ini juga memiliki speaker mono sahaja.

image is not available

Terdapat tiga warna diperkenal buat Realme GT Master Edition iaitu Voyager Grey, Luna White dan Daybreak Blue. Untuk rujukan, harga jualan Realme GT Master Edition di China adalah:

  • (RAM 8GB + Storan 128GB) RMB 2,399 (~RM1,569)
  • (RAM 12GB + Storan 56GB) RMB 2,599 (~RM1,700)

Nantikan laporan penuh kami sempena pelancaran Realme MagDart pada 3 Ogos nanti.

The post Realme GT Master Edition dan pengecas magnetik Magdart akan datang ke Malaysia appeared first on SoyaCincau.com.