Ini Adalah Huawei Nova 8i Dengan Cip Snapdragon 662 – Pra-Tempahan Di Malaysia Bermula 7 Julai 2021

TechnologyDigital
1 Jul 2021 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Malaysia kini mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Nova 8i pada 6 Julai 2021 kelak, dan seterusnya menerima pra-tempahan pada 7 Julai 2021.

Menariknya, Huawei Malaysia turut telah menerbitkan halaman khusus untuk Nova 8i, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan olehnya.

image is not available

Huawei Nova 8i dilihat hadir dengan skrin 6.67-inci, dilengkapi cip Snapdragon 662, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia dilihat dilengkapi dengan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Untuk rakaman gambar, Huawei Nova 8i menggunakan sensor utama 64-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 16-megapixel.

image is not available

Huawei Nova 8i menggunakan antaramuka EMUI 11, dan dilengkapi dengan kedai aplikasi AppGallery.

Huawei Malaysia bakal melancarkan telefon pintar ini secara rasminya pada 6 Julai 2021 kelak, dan diikuti pra-tempahan pada 7 Julai 2021. Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan pengumuman harganya pada minggu hadapan.

image is not available