Kamera telefon Samsung akan terima sentuhan Olympus?

Digital
14 Jul 2021 • 1:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Samsung dilaporkan akan bekerjasama dengan pengeluar kamera Olympus untuk menambah baik perkakasan kamera mereka. Walaupun tidak menyatakan apakah teknologi yang bakal dibawakan Olympus pada telefon yang sedang dihasilkan, spekulasi bertiup kencang yang ia adalah sistem penstabil imej jenis sensor-shift.

Ia adalah satu langkah yang munasabah kerana setakat ini, satu-satunya telefon yang dilengkapi teknologi penimejan sensor shift ialah iPhone 12 Pro Max dan pastinya Samsung tidak ingin ketinggalan di belakang.

View post on imgur.com

Kalaulah menjadi kenyataan, saya rasakan yang ia adalah kerjasama yang lebih baik berbanding Huawei dengan Leica ataupuh OnePlus dengan Hasselblad kerana perubahan yang dibawakan adalah pada tahap perkakasan berbanding tahap perisian.

Kalau anda tak tahu, Olympus dan Panasonic adalah pelopor kepada sistem penstabil imej dalam badan jenis sensor shift yang kini diguna pakai hampir semua kamera.

Menggunakan teknologi ini, pengeluar kamera dapat mengurangkan harga lensa kerana tidak perlu memasukkan mekanisme penstabil imej pada setiap lens yang dikeluarkan mereka.

Sumber: XDADeveloper

The post Kamera telefon Samsung akan terima sentuhan Olympus? appeared first on SoyaCincau.com.