Angry Birds Reloaded, Doodle God Universe, dan Alto’s Odyssey: The Lost City Kini Di Apple Arcade

TechnologyGamingDigital
17 Jul 2021 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Arcade telah menerima tiga lagi permainan baharu Angry Birds ReloadedDoodle God Universe, dan Alto’s Odyssey: The Lost City. Kepada pelanggan Apple Arcade, kesemua permua ini boleh dimainkan pada peranti iOS, iPadOS, Apple TV dan macOS yang dimiliki.

image is not available

Kesemua permua ini adalah dari kategori klasik dan telah diolah semula untuk digunakan pada peranti yang lebih berkuasa. Tidak apa yang boleh kami tulis mengenai Angry Birds kerana sehingga ke hari ini ia masih antara permua yang paling berjaya pernah dihasilkan. Malahan pernah suatu ketika sistem operasi yang tidak disokong Angry Birds dianggap sebagai gagal.

Doogle Gods Universe pula ialah permua membina dunia manakala Alto’s Odyssey : The Lost City pula ialah pemua seakan Line Rrider yang membolehkan anda mengembara di dalam dunia padang pasir. Di Malaysia Apple Arcade boleh dilanggan pada harga RM19.90 sebulan yang memberikan akses kepada lebih 200 permua tanpa perlu membeli secara berasingan.

View Original Article