Imej Pengolokan Realme Pad Tertiris – Rekaan Mirip iPad Pro 2020

TechnologyDigital
18 Jul 2021 • 12:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme sudah mengesahkan yang mereka akan hadir dengan tablet tersendiri, diberi nama Realme Pad. Tidak banyak informasi yang diketahui mengenai tablet ini selain daripada rekaan mungkin mirip iPad Air/iPad Pro, iaitu penggunaan segi empat dan juga sisi serta skrin yang rata.

image is not available

Terkini melalui @OnLeaks, imej pengolokan bagi tablet pertama Realme ini telah didedahkan. Tablet ini dilihat akan hadir dengan panel belakang dengan kemasan dwi-tona, skrin dengan bezel nipis, satu kamer di belakang dan depan serta menyokong stilus. Pembesar suara masih tidak pasti empat atau dua, tetapi empat kekisi diperlihatkan. Ia menggunakan USB-C dan dikatakan hadir dengan bateri 7100mAh.

image is not available

Stilus untuk tablet ini boleh disimpan di ruangan simpanan yang terbina pada Realme Pad. Warna dikatakan adalah Hitam atau Perak, memori 6GB RAM, dan saiz skrin dikatakan adalah sekitar 10.4-inci dengan rekabentuk mirip iPad Pro 2020.

Sama-sama kita nantikan info lanjut dan pengumuman rasmi Realme Pad. Teruskan ikut kami di Amanz.